Matematik vs. Logik

Wednesday, August 24, 2011


Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.


hahahha gelak guling2 bace cte ni!.baru je recieve email.ade seorang teman post site ni kat kisah lawak di fb.kih kih mungkin ade yang pernah bace cerita ni. hehe selamat berpuasa kawan!

Diam ketika makan

Tuesday, August 23, 2011


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."

Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...

Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kamu katakan?"

Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"
 
huhu  -.-

dari cerita lawak =))

PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN

Sunday, August 21, 2011

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.


1001 Kisah Teladan

Jadi kawan2..seharusnye kite bersyukur dengan ape yang kita ade sekarang..Sekadar untuk berkongsi cerita same kawan2. harap dapat dijadikan teladan.Selamat Berpuasa =)

Cadangan untuk banteras kes kecurian =))

Wednesday, August 17, 2011

Salam kawan2. selamat pagi kepada yang non muslim. okeh berbalik kepada tajuk kite pada hari ini. ni har nk cerita...Semakin teruk la saye rase kes kecurian di bangi ni...bulan lepas kan teksi ayah saya kena pecah tau..x tau la kenape teksi yang xde pape tu yg dorg pecahkan..tgok2 xde pape pon hilang..ye la. ape yang ade dalam teksi tu kan.. duit syiling lima puluh sen je banyak. Tp bila dah cerite kat jiran2..rupenye malam tu ade juge kereta lain kena pecah huhuhu adoi la...



Semalam pulak dekat kawasan rumah saye ni ade 3 rumah kene rompak? jap jap rompak tu mcm keluarkan senjate kan?? cube tgok definisi ni:-

Definisi mencuri ialah mengambil milik orang lain tanpa izin atau dengan tidak sah, biasanya dengan sembunyi-sembunyi.

Defini merompak pula..merobohkan atau merosakkan.


Jadi ini adalah kes kecurian kerana mereka memasuki rumah mangsa tanpa pengetahuan mangsa. Kecoh tau semalam ade tiga buah rumah dimasuki pencuri dalam satu mase..saye rase mereke ni satu kumpulan..pastu dorg bahagi2 tugas..cm 3 org masuk rumah kat sini 3 lagi kat sini..huhu Mungkin mereke dh pantau lame kot kan rumah- rumah ni..saye pelik xda orang ke rumah tu..kate ayah saye..kebanyakkan rumah yang mereka masuk tiada penghuni..mayb jenis orang yang selalu outstation tu..x pon yang kerja malam2. balik rumah siang sume dh hilang kan. hurm kesian...

So untuk membenteras kes ini saye cadangkan kat kawasan rumah saye tu :-

> Satu..adakan rukun tetangga..rukun tetangga ni yang berjaga malam jalan2 kawansan perumahan..tp takot cadangan ini mengganggu waktu tidur orang yang bertugas kan

>Kedua..same2 kumpol duit.pakat2 la satu kampung..upah pak guard jage kawasan perumahan kite tu...tp takot pak guard ni makn gaji bute kan. x pon die berkerja punye la tekun tp ade juga rumah kene curik..nnt die saje yang dipersalahkan..berat tu tanggungjawab die nnt..kesian..


> Ketiga..saye cadangkan buat pagar kat belakang rumah kite tu kan ade lorong kan...buat pagar  yang tajam2 tu..kat setiap hujung lorong..nice x?? hehehe tp takot ade yang x bersetuju kan...

heheh okeh kawan2 ade idea lain lagi bes x?? boleh share kat sini. mane la tau nnt boleh usulkan cadangan yang ade dekat persatuan perumahan kawan2 jugak kan. okeh sampai sini saje celoteh hari ini..selamat  mengumpul pahala di bulan ramadhan =) wslm..

what we called Discipline.

Sunday, August 14, 2011

Mari tengok..haiwan2 sangat disiplin =))

makan...sib baik eko sume x angkat

tidur..=))

jalan2..mase skolah dulu cikgu slalu soh beratur dua2..macam itik ni

ololo huhuhu geram

ni lagi la...

comelnye....ape ni?

heee


baik pakcik

huhu

okeh arap entry ni dapat buat yang sedih tersenyum =) yang bosan gembira..salam 15 ramadhan

tahu tak surah al-taubah tiada bismillah?

Friday, August 12, 2011

Salam kawan2. Harap hari ini semuanye sehat sejahtera..hehe ok berbalik pada tajuk diatas. Pagi ini saya ditanya oleh seorang teman berkenaan title diatas ini..iya saye seperti pernah dengar tentang ini tapi saya x pasti. Untuk lebih pasti saya telah bertanya kepada pakcik google. Dimana pakcik google merupakan tempat bertanya terbaik bagi saya. Kerana beliau akan memberikan banyak pilihan jawanpan dan pandai2 saya sendiri untuk menilai. Banyak jawapan yang telah saya jumpa dan akhir sekali pakcik google telah memberikan satu site terbaik sekali saya rasa. Site tersebut telah menggabungkan semua jawapan yang saya jumpa..kawan2 mesti ada yang dh tahu kann..pasti ade juge yang x tahu lagi hehe so mari sama2 kite hayati pendapat yang ada =))

SURAH AT TAUBAH KENAPA TIADA BISMILLAH DI AWALNYA

Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampaikepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiadaperkataan basmalah/bismillah.. .ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lainkerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnyakecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku...setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kitateliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalahini...Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak adabasmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arabpada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka merekamenuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut,mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketikaturunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalibmembacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubahmerupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awalsurah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan olehTirmidzi...

Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh danmempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awalsurah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulismushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surahyang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpamenuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab,"bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dansurah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perangTabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendirimenyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisikecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir,maka tidak ada rahmat bagi mereka...

Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidakmenyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelimatersebut...Wallahu a'lam...


Teman saya juga ada menberikan jawapan beliau. Dan saya merasakan jawapan beliau sama seperti pendapat kelima. Ok hanya Allah saja yang lebih mengetahui kebenaranya.Selamat membaca ..Selamat berpuasa..selamat berbuka dan selamat beramal kawan2. Sekian wslm =))

Kereta breakdown?

Wednesday, August 10, 2011

salam kawan2..mesti ramai yang pernah alamikan masalah ni?? hehee same la kite..buat diri ku ini pon sudah banyak kali..dan berlaku sekali lagi pagi tadi. Ceritanye begini..OTW ke opis pagi td.kereta kami tbe2 maken slow lps turun bukit masuk simpang putrajaya tu. So ummi pon ke tepi..call abah..abah cakap nanti kawan abah (tuan Haji) amik..hehe kerete breakdown ni jd dh biase dah kan tapi jadi lain bila mase tu diri ku ini sedang sarat tahan sakit perot sbb nk buang air..huhuhu dengan angin luar masuk kerete sepoi sepoi bahasa membuatkan kaki ni jadi sejuk..sejuk tu yang buat kite sakit perot kan..setengah jam tgu Tuan haji sampai jugak =) Terima kasih Tuan haji anta sya ngan ummi g opis pagi ni..sampai je kat opis terus saye g check in! Kereta ummi dh kat workshop kot skang ni hee...

tidak mengapa la kereta rosak sekarang kan jangan die rosak time nk raya tu sudah..susah nk balik kampung nanti. Pasti ade hikmah disebalik setiap yang berlaku. ok la sampi sini saje entry kali ini. Actually dh type panjang lebar dah pagi tadi...seronok punye seronok..tbe2 server down..dengan x save nye ape yang dibebelkan. hilang la sudah huhuhu n kene type semule =)) dugaan..

p/s:Selamat menjalani ibadah puasa kawan2..semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin =))

mata ouh mata

Sunday, August 7, 2011

Salam kawan2..huhu mateku sakit lagi...adekah sebab ketumbit mau datang lagi??? Ya Allah minta dijauhkan. Last june kan kite baru kene ketumbit kat mata kiri tau. besar sgt dan sgt sakit huhu skang mateku rase sakit lagi..x nk la kene ketumbit lagi...ouh iya okeh..mase kene ketumbit tu sakit die susah nk cakap huhu smpi x tahan pergi spital putrajaya.terus kat emergency kih kih gedik x gedik diriku ini.Last2 doc ckp ni dh boleh pecahkan. Pastu doc bg ubat tahan sakit,ubat tok kecikkan ketumbit ngan antibiotik..lps tu terus baik dh mate kite  =)).Takot kene lagi kan..smgat diri ku tnye pakcik google petua hilangkan ketumbit dimata. Mane la tau kan kot kot mmg nk kene ketumbit lagi ni...so x ya g spital lagi. guna cara tradisional saje..
okeh antare petua yang kite dapat ialah :-


Petua 1: Nie petua paling jimat orang kate..Geselkan 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Petua 2: Ambil bawang putih, goreskan pada kuku sehingga airnya keluar.Kemudian, sapukan di tempat yg ditumbuhi ketumbit. Lakukan 3 kali sehari. InsyaAllah tak sampai seminggu ketumbit hilang

Petua 3: Selawat sambil pegang ketumbit lepastu buat2 macam buang ketumbit tu dari mata.Yang ni petua orang dulu2.hehe

Okeh sape2 yg nk ketumbit tu boleh amalkan petua ni ok kalau malas g jmpe doc. Selamat mencuba =))
p/s:Alhamdulillah telah masuk hari ke lapan ramadhan. =) selamat berpuasa kawan2.

Doa-doa Harian Dalam Bulan Ramadhan

Tuesday, August 2, 2011

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."


Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."


Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman..

p/s: sama2 la kita amal kan nye kawan2. =))