Friday, August 12, 2011

tahu tak surah al-taubah tiada bismillah?

Salam kawan2. Harap hari ini semuanye sehat sejahtera..hehe ok berbalik pada tajuk diatas. Pagi ini saya ditanya oleh seorang teman berkenaan title diatas ini..iya saye seperti pernah dengar tentang ini tapi saya x pasti. Untuk lebih pasti saya telah bertanya kepada pakcik google. Dimana pakcik google merupakan tempat bertanya terbaik bagi saya. Kerana beliau akan memberikan banyak pilihan jawanpan dan pandai2 saya sendiri untuk menilai. Banyak jawapan yang telah saya jumpa dan akhir sekali pakcik google telah memberikan satu site terbaik sekali saya rasa. Site tersebut telah menggabungkan semua jawapan yang saya jumpa..kawan2 mesti ada yang dh tahu kann..pasti ade juge yang x tahu lagi hehe so mari sama2 kite hayati pendapat yang ada =))

SURAH AT TAUBAH KENAPA TIADA BISMILLAH DI AWALNYA

Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampaikepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiadaperkataan basmalah/bismillah.. .ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lainkerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnyakecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku...setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kitateliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalahini...Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak adabasmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arabpada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka merekamenuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut,mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketikaturunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalibmembacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubahmerupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awalsurah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan olehTirmidzi...

Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh danmempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awalsurah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulismushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surahyang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpamenuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab,"bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dansurah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perangTabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendirimenyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisikecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir,maka tidak ada rahmat bagi mereka...

Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidakmenyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelimatersebut...Wallahu a'lam...


Teman saya juga ada menberikan jawapan beliau. Dan saya merasakan jawapan beliau sama seperti pendapat kelima. Ok hanya Allah saja yang lebih mengetahui kebenaranya.Selamat membaca ..Selamat berpuasa..selamat berbuka dan selamat beramal kawan2. Sekian wslm =))

23 comments:

  1. komen pertama dr aku..bgos la syasya da update..asek komen from mine jer.. :D haha..
    btw,regarding this thing..asenye pasal perang tuh la yg biase dgr..thx 4 the info.. :D

    ReplyDelete
  2. ala...dapat komen no 2 gak..huhu

    ReplyDelete
  3. tanaka: haha maseh tanaka =p
    azam:hehe ops terlambat sudah..kan kan peranng tentang kemurkaan Allah..same2 =)terima kasih sudi bace =)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih perkongsian,ada yang tahu n ada yang tak..apa2 thx untuk ilmu2 mcm ni awk..;)

    ReplyDelete
  5. oo..baru akak.tau..xperasan pun ada bismillah ke x..hehe..teruk betol akak ni..hehe

    ReplyDelete
  6. hehhee sya pon kire baru tau akak..hehe

    ReplyDelete
  7. asenye sebab kelima tu yang penah dengar jugak kot..hurmm

    ReplyDelete
  8. ooo.baru tau..terima kasih ustazah =)
    nice info

    ReplyDelete
  9. wallahualam.. dengan kuasaNya tiada yg mustahil.. hanya dia yg maha mengetahui.. :)

    ReplyDelete
  10. jaya jr:same2 =p
    wan:yup2 wallahualam =)

    ReplyDelete
  11. Salam kenal..Pernah belajar tentang ni dulu...by the way thanks...good info...

    ReplyDelete
  12. As-Salam,

    syasya, just a reminder, next time kan, if kalau awak ada amik info2 nih trou link internet, boleh mintak tolong selitkan sekali x url link tersebut. Boleh dibuat rujukan dan juga bimbingan. Mana laa tahu, if ada mana2 pembetulan yg ingin pembaca2 lain buat, boleh cik tengok kat mana balik rujukan cik. Hehe.

    Salam Ramadhan!

    ReplyDelete
  13. heee boleh mohsen..terima kasih!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.

    >Penjelasan yang lebih tepat :

    1) ” Bismillah” bermaksud ” Dengan Nama Allah ”

    2) Kita solat , tapi masih TAK FAHAM apa yang kita baca , maka adakah kita sudah mengenal pemilik NAMA ALLAH ini?

    3) Orang Musyrik ( Hindu, Buddha dll) juga sembahyang, namun apa yang membezakan sembahyang mereka dengan solat kita?
    -> Yakin dan kenalnya Kita kepada pemilik NAMA ALLAH yang kita sembah selama ini. <-

    4)Jika kita TIDAK PERNAH KENAL ALLAH dengan sebenar-benarnya, sifat-sifatNya, nama-namaNya, bagaimana kita hendak BERTAUBAT ? Hendak DIAMPUNKAN ? Adakah dengan menghafal 99 Nama Allah itu sudah mencukupi?

    5) Kenapa dalam surah 9 (Pengampunan), BANYAK kisah mengenai orang MUNAFIK? MUNAFIK ialah orang Islam yang solat sekali-sekala, tutup aurat sekali-sekala dll. Ini menyebabkan Rukun Iman dan Rukun Islam mereka TIDAK SEMPURNA (kerana MEMPEROLOK-OLOKKAN / MEMPERMAINKAN perintah Allah).

    6) Bukalah tafsir Al Quran dan HAYATI setiap maksudnya, dan resapilah ke jiwa.

    7) Kesimpulannya, kita hendaklah kenal dulu siapa pemilik NAMA ALLAH ini, dan berusaha meninggalkan ke-MUNAFIK-an kepada Allah, barulah DITERIMA TAUBAT KITA ( Insyaallah).

    (At-Taubah 9:64)
    Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka akan apa yang ada dalam hati mereka . Katakanlah : "TERUSKANLAH BEROLOK-OLOK terhadap Allah dan Rasulnya, sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takuti itu"

    (At-Taubah 9:69):
    "Mereka yang demikian, ROSAK BINASALAH pahala amalannya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang RUGI."

    Pada pendapat saya, inilah pengertian TAUBAT yang sebenar-benarnya. Wallahua'lam. Assalamualaikum

    ReplyDelete