Sunday, September 4, 2011

mimpi gigi patah.

salam sume..tiga hari lepas kite mimpi gigi belah kiri bawah patah..mule-mule goyang saje lepas tu tercabot dah semua..sekali empat pulak tu..huhuhu puas pikir kat mane nak cari gigi palsu. alhamdulilllah mimpi saje rupenye..orang kate mimpi gigi patah ni ade sedara nak meninggal kan.hurm...dua hari lepas..lepas solat subuh abah ketuk pintu bilik. cakap nk balik kampung.nenek sedara belah ummi meninggal..Innalillah...betol ruupenye tafsir mimpi ni ye...tp nenek tu saye tak ingat pon macam mane rupenye..sedaare jauh macam tu...tp boleh jugak kan dapat alamat macamm ni..kuase Allah. Al-fatihah kepada arwah wan ilir. =))

Wednesday, August 24, 2011

Matematik vs. Logik


Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.


hahahha gelak guling2 bace cte ni!.baru je recieve email.ade seorang teman post site ni kat kisah lawak di fb.kih kih mungkin ade yang pernah bace cerita ni. hehe selamat berpuasa kawan!

Tuesday, August 23, 2011

Diam ketika makan


Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."

Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...

Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kamu katakan?"

Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"
 
huhu  -.-

dari cerita lawak =))

Sunday, August 21, 2011

PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.". "Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.


1001 Kisah Teladan

Jadi kawan2..seharusnye kite bersyukur dengan ape yang kita ade sekarang..Sekadar untuk berkongsi cerita same kawan2. harap dapat dijadikan teladan.Selamat Berpuasa =)

Wednesday, August 17, 2011

Cadangan untuk banteras kes kecurian =))

Salam kawan2. selamat pagi kepada yang non muslim. okeh berbalik kepada tajuk kite pada hari ini. ni har nk cerita...Semakin teruk la saye rase kes kecurian di bangi ni...bulan lepas kan teksi ayah saya kena pecah tau..x tau la kenape teksi yang xde pape tu yg dorg pecahkan..tgok2 xde pape pon hilang..ye la. ape yang ade dalam teksi tu kan.. duit syiling lima puluh sen je banyak. Tp bila dah cerite kat jiran2..rupenye malam tu ade juge kereta lain kena pecah huhuhu adoi la...



Semalam pulak dekat kawasan rumah saye ni ade 3 rumah kene rompak? jap jap rompak tu mcm keluarkan senjate kan?? cube tgok definisi ni:-

Definisi mencuri ialah mengambil milik orang lain tanpa izin atau dengan tidak sah, biasanya dengan sembunyi-sembunyi.

Defini merompak pula..merobohkan atau merosakkan.


Jadi ini adalah kes kecurian kerana mereka memasuki rumah mangsa tanpa pengetahuan mangsa. Kecoh tau semalam ade tiga buah rumah dimasuki pencuri dalam satu mase..saye rase mereke ni satu kumpulan..pastu dorg bahagi2 tugas..cm 3 org masuk rumah kat sini 3 lagi kat sini..huhu Mungkin mereke dh pantau lame kot kan rumah- rumah ni..saye pelik xda orang ke rumah tu..kate ayah saye..kebanyakkan rumah yang mereka masuk tiada penghuni..mayb jenis orang yang selalu outstation tu..x pon yang kerja malam2. balik rumah siang sume dh hilang kan. hurm kesian...

So untuk membenteras kes ini saye cadangkan kat kawasan rumah saye tu :-

> Satu..adakan rukun tetangga..rukun tetangga ni yang berjaga malam jalan2 kawansan perumahan..tp takot cadangan ini mengganggu waktu tidur orang yang bertugas kan

>Kedua..same2 kumpol duit.pakat2 la satu kampung..upah pak guard jage kawasan perumahan kite tu...tp takot pak guard ni makn gaji bute kan. x pon die berkerja punye la tekun tp ade juga rumah kene curik..nnt die saje yang dipersalahkan..berat tu tanggungjawab die nnt..kesian..


> Ketiga..saye cadangkan buat pagar kat belakang rumah kite tu kan ade lorong kan...buat pagar  yang tajam2 tu..kat setiap hujung lorong..nice x?? hehehe tp takot ade yang x bersetuju kan...

heheh okeh kawan2 ade idea lain lagi bes x?? boleh share kat sini. mane la tau nnt boleh usulkan cadangan yang ade dekat persatuan perumahan kawan2 jugak kan. okeh sampai sini saje celoteh hari ini..selamat  mengumpul pahala di bulan ramadhan =) wslm..

Sunday, August 14, 2011

what we called Discipline.

Mari tengok..haiwan2 sangat disiplin =))

makan...sib baik eko sume x angkat

tidur..=))

jalan2..mase skolah dulu cikgu slalu soh beratur dua2..macam itik ni

ololo huhuhu geram

ni lagi la...

comelnye....ape ni?

heee


baik pakcik

huhu

okeh arap entry ni dapat buat yang sedih tersenyum =) yang bosan gembira..salam 15 ramadhan

Friday, August 12, 2011

tahu tak surah al-taubah tiada bismillah?

Salam kawan2. Harap hari ini semuanye sehat sejahtera..hehe ok berbalik pada tajuk diatas. Pagi ini saya ditanya oleh seorang teman berkenaan title diatas ini..iya saye seperti pernah dengar tentang ini tapi saya x pasti. Untuk lebih pasti saya telah bertanya kepada pakcik google. Dimana pakcik google merupakan tempat bertanya terbaik bagi saya. Kerana beliau akan memberikan banyak pilihan jawanpan dan pandai2 saya sendiri untuk menilai. Banyak jawapan yang telah saya jumpa dan akhir sekali pakcik google telah memberikan satu site terbaik sekali saya rasa. Site tersebut telah menggabungkan semua jawapan yang saya jumpa..kawan2 mesti ada yang dh tahu kann..pasti ade juge yang x tahu lagi hehe so mari sama2 kite hayati pendapat yang ada =))

SURAH AT TAUBAH KENAPA TIADA BISMILLAH DI AWALNYA

Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampaikepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiadaperkataan basmalah/bismillah.. .ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lainkerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnyakecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku...setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kitateliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalahini...Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak adabasmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arabpada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka merekamenuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut,mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketikaturunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalibmembacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubahmerupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awalsurah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan olehTirmidzi...

Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh danmempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awalsurah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulismushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surahyang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpamenuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab,"bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dansurah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perangTabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendirimenyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisikecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir,maka tidak ada rahmat bagi mereka...

Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidakmenyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelimatersebut...Wallahu a'lam...


Teman saya juga ada menberikan jawapan beliau. Dan saya merasakan jawapan beliau sama seperti pendapat kelima. Ok hanya Allah saja yang lebih mengetahui kebenaranya.Selamat membaca ..Selamat berpuasa..selamat berbuka dan selamat beramal kawan2. Sekian wslm =))

Wednesday, August 10, 2011

Kereta breakdown?

salam kawan2..mesti ramai yang pernah alamikan masalah ni?? hehee same la kite..buat diri ku ini pon sudah banyak kali..dan berlaku sekali lagi pagi tadi. Ceritanye begini..OTW ke opis pagi td.kereta kami tbe2 maken slow lps turun bukit masuk simpang putrajaya tu. So ummi pon ke tepi..call abah..abah cakap nanti kawan abah (tuan Haji) amik..hehe kerete breakdown ni jd dh biase dah kan tapi jadi lain bila mase tu diri ku ini sedang sarat tahan sakit perot sbb nk buang air..huhuhu dengan angin luar masuk kerete sepoi sepoi bahasa membuatkan kaki ni jadi sejuk..sejuk tu yang buat kite sakit perot kan..setengah jam tgu Tuan haji sampai jugak =) Terima kasih Tuan haji anta sya ngan ummi g opis pagi ni..sampai je kat opis terus saye g check in! Kereta ummi dh kat workshop kot skang ni hee...

tidak mengapa la kereta rosak sekarang kan jangan die rosak time nk raya tu sudah..susah nk balik kampung nanti. Pasti ade hikmah disebalik setiap yang berlaku. ok la sampi sini saje entry kali ini. Actually dh type panjang lebar dah pagi tadi...seronok punye seronok..tbe2 server down..dengan x save nye ape yang dibebelkan. hilang la sudah huhuhu n kene type semule =)) dugaan..

p/s:Selamat menjalani ibadah puasa kawan2..semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin =))

Sunday, August 7, 2011

mata ouh mata

Salam kawan2..huhu mateku sakit lagi...adekah sebab ketumbit mau datang lagi??? Ya Allah minta dijauhkan. Last june kan kite baru kene ketumbit kat mata kiri tau. besar sgt dan sgt sakit huhu skang mateku rase sakit lagi..x nk la kene ketumbit lagi...ouh iya okeh..mase kene ketumbit tu sakit die susah nk cakap huhu smpi x tahan pergi spital putrajaya.terus kat emergency kih kih gedik x gedik diriku ini.Last2 doc ckp ni dh boleh pecahkan. Pastu doc bg ubat tahan sakit,ubat tok kecikkan ketumbit ngan antibiotik..lps tu terus baik dh mate kite  =)).Takot kene lagi kan..smgat diri ku tnye pakcik google petua hilangkan ketumbit dimata. Mane la tau kan kot kot mmg nk kene ketumbit lagi ni...so x ya g spital lagi. guna cara tradisional saje..
okeh antare petua yang kite dapat ialah :-


Petua 1: Nie petua paling jimat orang kate..Geselkan 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Petua 2: Ambil bawang putih, goreskan pada kuku sehingga airnya keluar.Kemudian, sapukan di tempat yg ditumbuhi ketumbit. Lakukan 3 kali sehari. InsyaAllah tak sampai seminggu ketumbit hilang

Petua 3: Selawat sambil pegang ketumbit lepastu buat2 macam buang ketumbit tu dari mata.Yang ni petua orang dulu2.hehe

Okeh sape2 yg nk ketumbit tu boleh amalkan petua ni ok kalau malas g jmpe doc. Selamat mencuba =))
p/s:Alhamdulillah telah masuk hari ke lapan ramadhan. =) selamat berpuasa kawan2.

Tuesday, August 2, 2011

Doa-doa Harian Dalam Bulan Ramadhan

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hari Pertama
"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua
"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih"

Hari Ketiga
"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan."

Hari Keempat
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Hari Kelima
"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih"

Hari Keenam
"Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan."

Hari Ketujuh
"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat."

Hari Kelapan
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap."

Hari Kesembilan
"Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu."

Hari Kesepuluh
"Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon."

Hari Kesebelas
"Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan."

Hari Kedua Belas
"Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut."

Hari Ketiga Belas
"Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin."

Hari Keempat Belas
"Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Hari Kelima Belas
"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."

Hari Keenam Belas
"Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam."

Hari Ketujuh Belas
"Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci."

Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak."


Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."

Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."

Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."

Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."

Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."

Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."


Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."

Hari Kedua Puluh Lapan
"Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman..

p/s: sama2 la kita amal kan nye kawan2. =))

Wednesday, July 27, 2011

Go Harimau Malaya Go


Salam sume..kawan2 mesti ramai yg pergi tengok Malaysia vs Singapore malam ini kan? saye x dapat pergi la. sebab kerja..nnt abis keja takot x sempat nk pergi..plus my bestie pon x boleh pergi..kiterang dh dapat ticket tau actually. ade orang baik belikan..tp x jd pergi.mesti seronok sangat malam ni kan. dengar cerita habis dh 80 ribu tiket dijual.alhamdulillah sume semangat nk malaysia menang game malam ni. Ape pon keputusannye malam ini kite kene terima dengan hati yang terbuka. ape yang berlaku telah ditulis. hehe sesungguhnya yang buruk itu kan datang dari diri kita sendiri. dan yang baik itu dari Allah =))  All the bes for Malaysia!!!!

p/s: kawan2 di SBJ nnt jaga diri n jaga kelakuan ok hehe love u all!

Tuesday, July 12, 2011

Acik Si Kurap =))

Salam sume...atas ni name die acik..acik kucin kurap..ayah saye amik dari kampung sbb kesian kat die.Mase baru amik acik ni kan. die kurus sgt tau..pastu cm nk diri pon x larat..sgt kesian...x tahan kurap n kutu die byk sgt huuhu. sekarang die dh 4 bulan..tp besar mcm dua bulan..kecik...je...tu bg name acik..nnt dh bg vaksin mesti besar cm ujang kot.hehe  Acik ni kan nmpk je kecik..tp hakikat nye die lg terer dari ujang..huhu rasenye dh besar nnt die bole jage umah kot..gurau die kasar..kuku n gg die lg tajam dari ujang..die giget sakit.ujang gget x sakit pon hehe..tp bg saye acik ni cantik..ouh lupe..acik kucin jantan..dh besa nnt mesti ensem =)) sepanjang sebulan bela acik ni...4 kali dh die berak lam umah "=(((. Umi ckp bg tempoh smpi bulan 9 tok die x berak merata.kalau berak lg nnt nk buang kat pasar huhuhu sedih je. so setiap hari saye yg bwk die g jamban die tok berak...acik..jgn la berak merata lg!!

p/s:sejak ade acik ni ujang semakin manja =))

Wednesday, July 6, 2011

Pandu pulang =(((

hehehe title macam ape je..macam baru lps menang MyVi baru pulak kan.ouh ouh bukan mcm tu ceritenye...sebenarnye petang nnt ku harus drive untuk pulang ke rumah =((  antara pekara yang paling x konfiden nk buat okeh!!! ummi saye g kursus since selase sampi esok...so abah anta n amik sepanjang ummi x de nii. kete umi tgl kat opis ni. kebetulan petang ni abah x leh amik saye...jadi saye terpakse la bawak balik kete ummi tu...ye la..kepade yg biase drive tu xde hal la kan rase..mesti cakap kecoh la lu minah. bg saye yg boleh dikira berapa kali saye drive dalam setahun ni...ketakutan tu macam tsunami nk mai malaysia!!!!! takot okeh!!!!!!!!!!!!!! sangat huhuhu harap2 xde pape buruk jd petang nnt...kawan2 doakan saye pulang rumah dengan selamat ye..terima kasih!!!

p/s:nk ikot jalan mane eh x banyak kete...=(

Wednesday, June 29, 2011

To cat lover =))


salam sume..article ni saye dapat di facebook..one of my friends posted this on my wall...n i would like to share it in here =)) kirenye tazkirah untuk hari ini..



Bukti Saintifik Tentang Kebersihan Kucing


Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.



Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di Klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki perangkat pembersih yang bemama lysozyme.



Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak duduk berhampiran dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.



Dan hasil penelitian kajian yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.




Petikan Hadis:


Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahwa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).



Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”



Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahwa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagiian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


So kucing ni x kotor ok..jangan la benci kucing..ade orang tu suke sepak kucing...takot kucin la...takot x pe..jgn la sekse mereke. Rasulullah sendiri cakap ia adalah hiasan rumah tangga..hehe so pelihara la kucin untuk menceriakan suasane rumah anda=))


p/s:huhu puase x abis ganti lg!!!

Tuesday, June 28, 2011

Mood : baking

Salam..sejak kerja ni suke pulak tgok recipe...ape2 je la huhuhu kite teringin nk buat cupcakes..teringin nk rase cupcakes buat sendiri la..tp x de mase nk buat..cookies dh berjaye dh buat last week hehe seronok tau.sebelum ni salu buat instant cookies je..lps dh tnye google..senang je nk buat cookies sendiri rupenye..hehe nnt ade mase kite post recipe cookies tu okeh



nk nk nk buat ni nk!!!! hehep/s: Puase nk dekat..kawan2 abis dh ganti puase??? jeng jeng jeng =)))

Sunday, June 26, 2011

kisah nabi daud ngan ulat

salam kawan2...td saye search google tentang kisah rasul..n saye teringin nk share cerite ni kat sume orang..hehe

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

huhu tengok tu..ulat pon berzikir tau..kite ni lam sehari ade x berzikir kawan2?? Allah saje yang tau hehe. ok itu saje tazkirah kite untuk hari ini..renung renungkan dan selamat beramal

p/s: layout baru ni comel x?? =))




Tuesday, June 21, 2011

Kerja la =))

Salam sume!!! minggu ni saye dh start keje di jabatan audit negara kat Bahagian iT..keje as programmer..tp org panggek pekerja khidmat harian (PKH)..kirenye gaji ikot hari la..x dtg keje.xde gaji =)) hehe adoi...1st day keje dh kene tgok sistem okeh. =(( tp ok la..hehe x de la kite buang mase je kan kat umah tu..cuti 4 bulan kot! lame sgt..so 3 bulan cm tu keje...dapat duit lebih sket. leh kumpol g korea..hahahha berangan je =))) kat sini dapat sorg kawan..namenye farah..die pn keje cm saye. kebetulan die pn pernah stadi kat poli sabak cm saye =)) tp x pernah nmpk pn beliau..huhuhu die baik!! suke belanja kite..hahaha ni curik mase update blog.sbb pale penin pk sistem hehe wat mase ni saye kene buat eHelpDesk sistem.lps ni x tau ape..doakan smoge semua urusan selesai dengan cemerlang eh..terima kasih!!!p/s:mulekan hari anda dengan bismilla =)) love you olls~

Monday, June 13, 2011

alhamdulillah!

salam kawan2...last week kan kite ade g interview??? heee alhamdulillah dapat keje tu! yeay.....!!! lusa start keje..=))) doakan saye berjaye okeh..berjaye siapkan keje yg diberi...berjaye datang awal.. berjaye x tido semase keje..hehe sume sume la.....terima kasih!!!

Monday, June 6, 2011

nervous!!!!

aduh nervous nye la..beberape minit je lagi nk g interview...nk post kat fb .fb kene block pulak time office hour...blog ni ye la yg mampu tok luah kegementaran yg ku rasa...huhuhu wish me luck ye kawan2...=))) dh bosan sgt dok rumah tu.. i really need a job!!!
have a nice day!!!!!

Thursday, April 7, 2011

Derma darah

salam semua. topic kite mgu ni berkenaan derma darah? kawan2 pernah derma darah x?? x pernah? takot jarum??? huhuhu x ya la takot.. x sakit pon derma...saye sejak masuk upm x pernah derma darah dh...=(( rindu nk derma tau. ouh ya derma darah ni banyak tau faedah die. kalau kite search kat google tu memang banyak la jmpe nanti..tp saye suke nk list-kan tok kawan kebaikan derma darah ni=))lihat yeh~
>dengan menderma darah kite dapat menyelamatkan nyawa seseorang. mayb ramai orang =))
>selepas derma darah, badan akan meransang dan menghasilkan lebih banyak sel arah baru. selain meningkatkan taraf kesihatan, sel darah baru ni akan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel darah lama =))
>secara psikologi pula,lepas derma darah ni kite akan rasa lebih tenang sebab mempunyai tafhap kesihatan yang baik.Ujian darah akan dilakukan ke atas semua penderma setiap kali kite menderma darah; walaupunkite adalah penderma tetap. Ini adalah langkah untuk memastikan semua darah kita derma tu selamat dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan penerima.

hurm ade orang cakap lepas derma darah gemuk eh???saye rase kan. lepas derma darah tu doc ade bg ubat suruh kite makan. nasihat saye la(sukahati nk ikot ke x nk) x payah makan ubat tu hehe selama 2x saye derma darah( dua kali je pon) saye x pernah pon makan ubat tu...hasilnye...berat saye senang nk naik dan senang nk turun..huhu alhamdulillah. tp x tau la matabolisma saye lain dari kawan2 kan??? hehe di sini saye sertakan video pertama kali saye derma darah =)) selamat menonton


bawah ni pula 2ndtime derma hehe kebetulan pakai baju same >.<



disini saye nk list ciri2 seorang penderma =))

*Berumur 18 hingga 65 tahun.Berat badan melebihi 45 kilogram.
*Tahap haemoglobin sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
*Tidak menghidap penyakit kronik.
*Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
*Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
* Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

okeh sampi sini saje. selamat menderma =))

Wednesday, March 16, 2011

Terima Kasih


salam semua, Alhamdulillah selesai sudah test 2. esok saye dh nk terbang ke jeddah. Doakan moga semua nya berjalan lancar eh.. InsyaAllah =))

1st saye nk berterima kasih dengan ibu bapa saye.. huhu terutama sekali ummy, ummy banyak beri sya dorongan , banyak sangat bersabar dengan perangai sya yg keras kepale dan lg gedik ni..lg ummy jugak yg tolong kecikkan jubah sya yg besar2 tu , mane2 yang pendek ummy korbankan kain ummy sambung kat jubah sya . maseh ummy..lg abah pon sebab bg sya duit belanje sepanjang sya kat sane n banyak tol pesanan abah. insyaAllah sya patuh hehe x lupe gak nk terima kasih dengan auntie shima sekeluarga kerana sudi bawak sya g umrah. sangat happy dan terharu =))

2nd terima kasih untuk adik beradik, uwan n atok, sedara mara, pakcik dan makcik yang sentiase doakan sya. yang banyak bg nasihat dan tunjuk ajar =))

3rd terima kasih kawan2 baik saye yang banyak bg semangat nasihat melalui pengalaman sume.kepade anis sekeluarga.bonde anis bg saye anak tudung untuk pakai semase ihram =)) terima kasih juga kepade beliau yang bawak saye pergi beli barang keperluan .kepade sume kesayangan yg sentiase doakan saye hehe har..nk minta maaf kat clasmate sebab saye kawan2 sume kene join saye abiskan 4 paper dalam mase 4 hari.huhu really appriciate it =))

lastly pembace2 setia blog saye. hehe ade ke?? x pe la x bace pon. yg tbe2 singgah tu n drop comment..thanks alot eh...=))
sekian wasslam..

p/s: kalau boleh nk je mention sume name2 . tp mase x mengizinkan.huhu

Friday, March 4, 2011

Kesibukan


Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan2 =))) entry kali ni saye nk cte bertape busy-nye saye minggu ni huhu start dari isnin. petang lepas class saye pergi plaza pudu nk amik camre saye yg dah rosak dulu.ade post kat entry sblm ni. cmre tu saye dah anta december tahun lps lg..huhu tp smpi la last week x siap2 lg.. atlast apek tu ckp x leh repair =((( sedih tahu...sedih sbb cmre tu abang apiz bg. tp bg rosak. pastu keadaan camre tu cm dah x same dh mcm mse anta dulu...x tau la ape apek tu dh buat.
har..tgok la cmre saye.yg ni luaran saje..dalaman x tau lg ape yg dh kene buang =((


selase...petang lepas clas pergi shop barang2 nk berniaga.huhu sem ni saye ade amik modul keusahawanan. so antare syarat nk dapat 'A' kene jd usahawan la hehe kami bukak booth kat kolej tun perak upm. jemput datang memeriahkan suasane =))

pastu rabu..petang lepas clas g beli barang2 untuk long vacation..hehe ye ke?? x tahu...tp kuar la beli barang..pastu buat ape yeh?? lupe.tp ade keje la..huhu

then kamis. smlm la..lepas clas. ummy amik. terus bawak g umah mak ngah..huhu penat tau..kat umah makngah terus tolong2 ape yang patot..ouh2 lupe. for ur info.. weekend ni kakak sedare saye nk kawin hehe ape yg buat sibuknye..dua org sekali kawen...kak yong n kak cik..skang kan mcm trend je kawin buat sekali. ade abang skali ngan adik.. akak sekali ngan adik.. ade tu majlis tunang orang lain.sekali ngan majlis kawin org lain.. penin~

jumaat..ri ni la. pagi g alamanda ngan ummy. beli coklat tok hantaran kak yong n kak cik pastu g umah nak ngah. tugas saye buat apetah name die. ' bunga penangah???' ala yg org buat keje je pakai. mcm crew tag la..pastu buat ape lg.. hehe basuh telur pastu rebus! banyak. pastu..buat pelamin pastu ape tah pastu balik

esok..mereke nikah pastu ahad sanding huhu tp ahad pagi tu saye ade class ganti kalkulus.. mayb lps class terus rush g wedding tu =((

har..nmpk x busy x busy~ni x masuk lg. asgmt,exercise,x gosib2 pon ngan bel mgu ni, plus~x bersukan.pastu last sunday ade photoshoot ngan akademik upm. tok prospektus huhu n cm xde mase tok diri sendiri~hehe ok la tu je nk share.have a nice weekend =))

p/s: saye ade beli dua helai baju baru tok ujang hehe nnt upload.ensem!

Friday, February 25, 2011

Tips Penjaan Ujang


hello kawan2 tips ni saye dapat dari blog tah sape2. pinjam je pon. saje nk share tips penjagaan kucing ngan kawan2 =)).berikut ialah tips2 penjagaan kucing yang perlu diikut =))


1. Pastikan meow anda dihantar ke veterinar setiap bulan dan diberi suntikan bagi mengelakkan penyakit seperti leukimia,batu karang dan sebagainya.(ouh mwoe pon leh kene leukimia.baru tau huhu ujang pegi vaterina bile betol2 sakit je =(( ..)

2. Kucing juga perlu dimanja,hantarkan ke SPA untuk dibersihkan dari bulu,telinga,ekor dan sebagainya.(ujang spa kat rumah je. die ade syasya untuk buat sume tu hehe )

3. Beri ruang kepada kucing anda,jangan malas untuk melatihnya agar biasa tidur dikandang kucing.(huhu ujang x suke dok lam sangkar.nnt die gile)

4. Pastikan anda memilih diet yang sesuai unutk peringkat umur kucing.Pemakanan kucing akan mempengaruhi karater najisnya.(ouh2 skang ujang suke makan ikan rebus je. x suke dh makan whiskas yg cair tu huhu)

5. Jangan berkira untuk membeli pasir khas agar bau najis kucing tidak tersebar di serata kawasan apartment anada.(har..dengar tu.tu kire jamban kucing)

6. Kucing perlu dikasi agar tidak mengawan dan membuat bising semasa mahu mengawan.( see see..lg satu supaye yg jantan tu x kencing merata )

7. Pastikan anda menyedut segala balu dan habuk lebih kerap jika mempunyai kucing demi kualiti kesihatan anak-anak.(hehe bulu ujang x banyak gugur lg. alhamdulillah)

8. Gunakan cecair pembersih anti bakteria dan pengudaraan juga perlu baik agar mengelakkan kuman dan penyakit.(no komen =)

9. Latih kucing anda agar betah untuk ke satu ruang saja dan tutup pintu gelongsor apabila melepaskan ia di ruang kediaman.( ape itu pintu gelongsor??)

10. Buat jadual pemakanan kerana kucing juga adakala jelak apabila dihidangkan makanan yang sama .Anda juga boleh merangka jadual khas unutk dilepaskan agar mudah anda membersihkan ruang kembali selepas itu.(yup2.ujang cepat bosan =)

selesai sudah.selamat membace! sayangilah meow kite =))

Friday, February 18, 2011

Kisah Tukang Sikat Rambut Anak Firaun


Di zaman dahulu, Firaun, Raja Mesir ada mempunyai pekerja yang bekerja untuk menyikat rambut anak-anak perempuannya. Pada suatu hari dengan kehendak Allah, terjadilah satu peristiwa yang mengukir sejarah sehingga ke hari ini. Ketika Masitah menyikat anak perempuan Firaun, ditakdirkan jatuhah sikat itu daripada tangannya.

Lantas secara spontan, terkeluarlah perkataan, 'Dengan nama Allah celakalah Firaun' dari mulutnya.

Apabila terdengar sahaja oleh anak Firaun itu, lalu berkatalah dia kepada Masitah, "Wahai tukang sikat rambutku! Apakah ada Tuhan selain daripada bapaku?"

Masitah menjawab, "Ya, memang ada."

Seterusnya berkatalah anak Firaun kepada Masitah, "Mahukah engkau aku sampaikan perkara ini kepada bapaku?"

Masitah pun menjawab ringkas, "Ya , baiklah."

Maka anak Firaun pun segera memberitahu bapanya kan perkara tersebut. Apabila terdengar sahaja berita tersebut, Firaun pun memerintahkan supaya Masitah dibawa mengadap kepadanya.

Apabila Masitah datang mengadapnya, lalu Firaun pun bertanya kepada Masitah. Katanya yang berbunyi, "Apakah ada Tuhan selain dariku?"

Masitah menjawab dengan tegas, "Tuhanku ini adalah Allah (Wajibul Wujud)."

Mendengar jawapan itu, Firaun pun menitahkan pegawainya memujuk Masitah supaya mengubah pendiriannya atau membuangkan keimanannya itu. Setelah beberapa cara atau bermacam-macam pujukan dilakukan, namun Masitah tetap dengan pendiriannya. Malah, Masitah memberikan jawaban dengan tegas, "Allah Tuhanku dan Tuhanmu sekalian."

Mendengar yang demikian, bertambah murkalah Firaun lalu digertaknya Masitah, suami serta anak-anaknya. "beta akan bunuh sekalian keluargamu!" gertak Firaun.

"Baiklah," jawab Masitah. "Akan tetapi, ada permntaan hamba yang harus tuanku tunaikan iaitu hamba mahu sekiranya kalau tuanku akan membunuh hamba, kuburkanlah hamba ini di suatu perkuburan."

Firaun pun menitahkan hulubalangnya membawa belanga besar yang berisi minyak bagi merebus dan menghukum masitah dan anak-anaknya serta suaminya.

Dengan panasan minyak yang mendidih di atas api, lalu dilontarkan anak-anak Masitah dan suaminya. Kini tinggallah Masitah dengan anak kecilnya yang sedang dalam pangkuannya yang masih menyusu. Betapa pilu dan sedihnya tidaklah dapat dibayangkan.

Akan tetapi Masitah tidak gentar untuk memasuki minyak yang panas itu. Rasa terharu menyebabkan beliau tertahan-tahan untuk terjun kerana melihat anaknya yang masih menyusu dan tidak mengetahui apa-apa.

Lalu dengan kudrat Allah, anak yang masih kecil itu berkata kepada ibunya, "Wahai ibuku, masuk sajalah ke dalam belanga ini. Sesungguhnya ibu berada di atas pihak yang benar."

Dengan demikian, apabila didengar saja perkataan tersebut, maka bertambah beranilah ia untuk masuk ke dalam belanga itu. Lantas terjunlah Masitah bersama anaknya ke dalam belanga tersebut.

Maka berakhirnya riwayat hidupnya di atas dunia yang fana ini dalam mempertahankan keimanannyakepada Allah S.W.T. dengan penuh kejayaan. Setelah selesai peristiwa tersebut, maka Firaun pun menitahkan kepada hulubalangnya supaya menguburkan Masitah sekeluarga di dalam satu kubur sebagaimana permintaan Masitah sebelum ia dibunuh.

Oleh kerana teguhnya iman terhadap Allah dan kesungguhan tekad di dalam hati mereka masing-masing, lantaran tidak ada was-was dan ragu-ragu di dalam menghadapi percubaan dan perjuangan iman, maka Allah mengharumkan kuburnya sampai bertahun-tahun lamanya.

Daripada kisah ini, kita yakin bahawa iman seseorang kepada Allah tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji bagi menentukan sejauh mana teguhnya keimanan itu.

Sebagaimana firman Allah yang bererti, "Adakah manusia itu mengerti bahawa mereka akan diberikan sahaja berkat, kami telah beriman. Dengan tiada mendapat cubaan daripada Allah."

Kita hari ini harus bersyukur kerana kita tidak menghadapi ujian seperti yang dilalui oleh Bilal R.A., Masitah, Sumaiyyah, Ammar dan sebagainya, tetapi hari ini apabila Allah S.W.T. menguji kita dengan sedikit sahaja, kita sudah mengatakan yang bukan-bukan terhadap Allah S.W.T.

Misalnya apabila kita sakit, kita akan segera mengeluh tanpa memikirkan apakah sakit kita ini sama dengan sakit yang ditanggung oleh Nabi Ayyub A.S. Kita sepatutnya bersyukur kerana itu adalah kehendak Allah ke atas kita. Ia juga adalah untuk keselamatan dan kebaikan kita. Mungkin dengan sakit yang diberikan kepada kita itu akan menghalang kita daripada memakan sesuatu yang akan memudaratkan terhadap kesihatan kita. Allah itu lebih mengetahui dan Dialah yang paling layak untuk mentadbirkan diri kita.


p/s: actually saye search kat google nk cari 'kebaikan menyikat rambut'. sebab saye malas sikat rambut kan. so nk cari la kebaikan sikat rambut ni.mane la tau dh tau kebaikan jd rajin nk sikat nnt =)) tp terjmpe kisah ni..sebelum ni ade gak dengar kisah mashitah. tp x detail =)) now dh tau jalan cerita die.kagum saye dengan kisah2 hamba Allah terdahulu. iman mereka sangat kuat. huhu so kawan2 marilah kite contohi sifat2 mereka ini =)

Thursday, January 27, 2011

Cycling bes!!

hehe sape suke cycling???? kih mesti ramai je suke kan. har..ni nk cte..sem ni setiap ari selase saye dan bel akan berbasikal mengelilingi upm. hehe kami xde basikal sendiri. selalu sewa basikal kat black qube 2. murah je tahu.RM1.00 sehari. berbaloi baloi...=)) last tuesday kan kire paling jauh la kiterang cycling. sebab yang follow pon ramai. so x bes kalao g dekat2 je kan. kami round kat maeps..pastu g kolej 17..pastu dari kolej 17 ade shortcut g bukit expo. penat tp seronok sgt! happy =)) awalnye pakcik 2 cakap x cukop basikal die ade 2 je basikal yang available. setelah dipujuk dan dirayu oleh saye dan bella. akhirnye basikal yang dua menjadi 5 yang available. hehe sbnrnye ade byk je basikal die. tp die takot nk bg kot..takot kami x pulang. huhuhu x kan la x pulang kan. xde muke mencuri pon sume.hehe Alhamdulillah dapat gak kami cycling dat day. walaupon ade satu mase tu penat gile, tp lepas dah benti minum..lupe dah penat 2. hihi
mase ni tgh gosib2 ngan abg bob pasal pakcik beskal 2

hehe finally..!!from left ena, bella, am n me..photographer zaki hehe sanggop die bwk cmre smbil cycling =))
mase ni basikal saye dh tukar ngan am..die gedik ckp x reti gune beskal 2

pose kat black cube banner. nk balik kolej dh lepas ni hihi
huhu tujuan utama cycling mgu ni sbb berat saye dh naik 3kg! dah cycling jauh2 ni turun la sikit kot. hehe ok itu saje entry kali ni. nnt smbung lg okeh. selamat menbace!

p/s:esok saye nk g picnic same gadis2 dari upm. =))

Thursday, January 20, 2011

Cintaku sudah pulang

Evening sume.. entry kali ni nk cte pasal ujang lagi. senin lepas kan ujang ade operation. operation ape? KASI kan die..huhuhu mintak maaf la mesti ramai x suke bile dgr kucing kene kasi.boleh cakap cm sunat la. tujuan kasi ni satu x bagi die kencing merata. dua x bg die merayau jauh2. tiga nk bg die gemuk.hehe tp saye nk ujang gemuk tp x malas. boleh ke cm 2?? urm..b4 anta g spital doc soh bg die puase. supaye nnt nk operate senang. Alhamdulillah ujang dh boleh pulang umah selase 2. sbb die sedar cepat. Doc cakap die kuat. hehe tp mmg kuat kot.balik umah dah boleh main2 merayau sume.doc cakap x bg die lasak2 takot bernanah.saye balik rumah rabu. x sempat kemas2 dh terus main ngan die. hehe x tau nape otw balik 2 rase excited sgt nk jmpe ujang. tp kesian tgok ball die dh ilang.itam je jd cm x percaye pulak. ni nk upload video ujang. tengok la ye. beliau x active sgt lam video 2. nmpk la cm penat. n malas...



ok itu saje. take care people!

p/s:hari ni hari yang pelik buat saye. =(

Friday, January 14, 2011

baju baru ujang =))

hello kawan2..jarang betol saye update blog kan tahun ni. huhuhu sebabnye...kat kolej xde wireless la.. sedih betol b4 this ade je kat kolej 2. mayb sbb KMR dh lame x de penghuni. so mereke lupa nk on modem 2 kot kan.har semalam saye pergi jalan2 kat ioi puchong same bella ena n zaim. hehe motif g c2 nk tengok mubie, g daiso n kalau boleh nk makan kat Seoul garden. huhu tp x dpt mkn kat seoul. sbb smpi lambt kot.hehe dapat beli barang n mubie je... cakap pasal beli barang.. saye suke betol masuk kedai daiso 2. ye la mane x suke. ape2 pon kat dlm kedai 2. kecik ke besar ke. sumenye harge RM5..ade yang berbaloi. ade yang x. macam sikat yg kurus 2. sebatang rm 5?? sgt x berbaloi. huhuhu har...kalau g c2 je antare port yg saye suke g ialah bahagian barang2 haiwan hehe. b4 ni pegi xde pon baju anjing..tp smlm pegi ade banyak. tp... tp sume baju tok betine saje huhuu.meow saye Ujang jantan...so saye fikir.. oleh kerana beliau suka diliwat..x salah kot nk pakai kan die baju pink. huhuhu RM5 je kot. sgt murah. baju snail ujang yg biru mase raye saye beli RM27.90 kat pet world. heheh so saye beli la...baju kaler pink siap ade tulis 'sweet' n riben.hehe so sweet.

atas ni baju baru ujang yg saye beli 2. comel kan kan kan =))


atas ni pulak pic ujang ngan baju raye die. tp baju ni dh ilang dah mase kat kampung huhuu.

ok sampi sini saje entry baju baru ujang =)) take care everyone!
p/s: baju ape lg sesuai ngan ujang??

Tuesday, January 11, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Maxis Om Nom Nom Race

Hello friends. I've been told by my best friend a few hour ago about this competition..and i get excited to join.@_@ this One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race is a race like amazing race but this race is about hunting food.Like Jalan2 cari makan,you are given a direction,so you will go to that place and eat.yes EAT!you will enjoy the BEST DISHES at the restaurant around capital square,kl.and you have to do a review about the restaurant.The best part is you will be given iPhone for device with Finder 301 application which you can get to any place easily!bring you by MAXIS only.WoW!!!

So saye pon nk share la ape saye suke makan kat Malaysia ni. hahaha well sume2 pon tau kot saye suke makan.ouh yeah i love to eat!! i can say that i love food more than anything.ops! boleh ke cm 2 hahahah pape je la. ok My favorite food is fast food, i know that is not good for my body. but im just eat it when going out with my friends. Two of my favorite restourants are KFC and McDonald’s. hahahha Though both are places to dine, they have their differences in ambiance, waiting, and expense. besides that i do love Korean foods. i love to eat at Seoul Garden Restaurant. there was fantastic! Little known underrated place with great food. If you like Asian food in general, don't miss Seoul Garden.

i want to be in this competition because i love food =)).and because this competition is more like racing things it makes me more super exited to join. i ever been joined in Nike Run , that was held in Kuala Lumpur a few months ago so basically joinning this competition is not a problem for me ;)) hehe.anyone nuffnang subscriber also can join. come come!

me n bella crave for food =)))

Seoul cook cook=))
parapapa~~ i'm lovin it!
we run KL!! =)))


hehe prize for this competition is A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000, and also 4x HTC Desire Z (1 per winning member),4 x HTC 7 Mozart (1 per winning member) will and all 6- participants will be rewarded with Maxis goodies bags. hoyeh!


offer from maxis.!any maxis user please klick the link below =))
http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp

and iPhone owner also can subscribe thiss.
http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

see you there!babai!! =))